Wednesday, August 5, 2009

Hari Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum wbt,

Dear readers, hari ni nk share dengan u all tentang hari Nisfu Sya'aban. Artikel di bawah aku dapat dari kawan sepengajian aku dulu, Ainulmaawa binti Hamat aka Ain @ Wawa. Thanks Ain coz sharing this valuable info with us.

"Quote from Ainulmaawa's article"
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 05 Ogos 2009 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H). Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah swt dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari Nisfu Sya'aban ada lah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib, solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah swt
ii)Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah swt
iii)Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam 7 mati di dalam iman
& pohonlah segala yang baik.
iv)Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
v) Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Sya'aban sebanyak 22. Antaranya yang termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan Bulan Sya'ban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah swt haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman bin Abi Al-As, sabda nabi Muhammad saw : Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam...




Selamat beramal.
Salam......

2 comments:

  1. Salam nisfu syaaban buat kak nana... salam ramadhan juga.. smoga kita semua diberkati olehNya =)

    ReplyDelete