Friday, August 22, 2014

MALAYSIA BERKABUNG.. ALFATIHAH MH17

Salam 22 Ogos 2014..





 

Entry pertama 2014. Setelah sekian lama tidak menjengah blog ni. Bersawang berkepuk2 nampaknya.

Hari ni Jumaat 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435H, Malaysia mencatat sejarah. Hari ini Malaysia berkabung buat pesawat MH17. Pesawat ini didakwa ditembak oleh puak pengganas dan jatuh terhempas di tanah Ukraine semasa dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Malaysia pada 17 Julai yang lalu. dan pada hari ini adalah hari di mana mangsa-mangsa dari Malaysia yang berjaya dikenalpasti dibawa pulang ke tanahair. 20 jenazah telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan dan dibawa ke destinasi akhir masing-masing untuk dikebumikan. Tiada lafaz mampu diungkap di kala orang tersayang tidak dapat ditatap buat kali terakhir dan pergi tanpa sebarang tanda. Alfatihah buatmu.. :'(



Thursday, December 1, 2011

BUNGA DISEMBER...

Salam alaik..

Bunga Disember? amik tajuk sempena tajuk drama Bunga April. drama yg tgh main kt TV3. lagu tema drama, Janji by Akim.. ;) kenapa Bunga April?? sebab nama watak heroin cite ni adalah April, dan Bunga tu nama arwah ibu dia. (ada relevan x ngan tajuk entry? keh3..)

Daaahhh bulan 12. daaah ujung tahun. kejap je kan. berganjak lagi la umur kita ni ha. aduhhh terasa byk benor umur ni bila dah mencecah ke angka 3 series ni. tp hati masih muda dan gile. haha.. Tapi, yang penting saya masih sedar diri.. ;) yang dahulu, didahulukan.. tanggungjawab pada Yang Mencipta, pada suami tersayang, pada keluarga, pada my home sweet home.. luv all very much <3

My 2011's achievements?? alhamdulillah.. saya redha dan syukur sangat2 apa yang saya ada. Segalanya saya serahkan kepada Allah swt. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kita merancang, Dia yang menentukan. Usaha. Doa. Sabar. Tawakal.

Semoga 2011 akan berpenutup ngan baik dan dirahmati Allah. Dan bakal menjalani 2012 dengan berlebih-lebih baik lagi. Amin. Insyaallah.. :)



*rindu papa n baby2 kt umah.. nk cepat2 blk umah.. ^_^

*tp pic baby2 yg atas ni sume dah xde. x panjang umur. huk3.. comel sgt sume. tp x sihat mati n satu persatu.

Thursday, May 26, 2011

Salam Terengganu..

Assalamualaikum wbt..

Persiapan sebelum bertolak. tampal.. jgn x tampal.. penting ni wat kasik lepas roadblock JPJ hehe...

15 ~ 18 Mei lepas aku bercuti2 ke Terengganu. Konvoi Pantai Timur Mei 2011 katanya.. ^_^ mmg enjoy sehhh.. Pegi dalam 11 kereta = 10 keluarga. Happening..

All of us.. :)

Pegi ngan geng2 pasar. Toke bawang, toke ikan, toke sayur, toke ayam, toke buah n anak beranaknya. Papa? Toke apa? toge bole? hak3.. sori pa.. ;)

Berhenti di Tol Gombak nk cukupkan corum, tp keta marshal lak breakdown (minor je)

mak buah & anak buah..

Perjalanan balik, keta weol lak breakdown (half major)..

Perjalanan yg diambil pergi n balik tu sungguh 'mengharukan'. huhu.. long journey, mcm nk gi london. (mcm penah pegi gayanya.. haha). Pdhal terengganu je pun. Normal org lain bole 6jam je. Perjalanan pegi amik masa 12jam, perjalanan balik 18jam..! sib baik xmasin mulut si Andung, katanya balik 24 jam. huh! Tapi biasa la, konvoi ni mcm2 kerenah dlm perjalanan. Kereta breakdown, ngantuk, toilet, lapar, anak meragam. Lagi pun bukannya nak kejar pape. Enjoy d view. Best what.. :)

Bertolak ke candat dr jeti pulau kapas. 'kotak putih' tu spesel beb.. ;)

Pengalaman yg syok.. luv u pa.. :D

Pasar Payang.. @_@ rambang mato den tgk kain2 tu..

luv u pa.. mmuuaahhh.. :D

BBQ time.. yummyyy..

Unggun api kt tepi pantai... (sambil bola sepak pantai di bawah sinar rembulan) haha..

Nasi dagang MC Biah, Medan Selera Jeti Pulau Kapas.. sedaappp..

Memborong kepok lekor @ 008 Kelulut..

Aktiviti yang dilaksanakan.. main activity of course MENCANDAT SOTONG!! best giler..!! pengalaman baru. Cuma hasilnya kurang memberangsangkan. Xde rezeki kot mlm tu. xpe, next time pegi lagi k. Aktiviti lain gi shopping2, melawat2 tempat menarik di Terengganu, boating, memancing pesisir pantai, mandi-manda laut, istana pasir (hak3), BBQ n makang2 menu Terengganu.. nyam3.. ;)

<3

InsyaAllah, kalau ada rezeki, next time kita gi lagi ye pa. tq.. ^_^

Saturday, March 12, 2011

1st post in 2011 haha..

Salam 2011. Dah suku tahun baru nak posting yek? haha..

Alhamdulillah, tahun 2011 ni bermula dengan baik. Syukur ku pada Mu Ya Allah Ya Rahman. Aku berdoa agar tahun ini dimurahkan rezeki dan seribu rahmat. My wishes and dreams already in a LIST... ;)

Actually, im just getting back to work after a month on medical leave. Start cuti dari 1/2/11 ~ 6/3/11. Dan tarikh 2/2/2011 akan jadi salah satu tarikh besar yang aku akan ingati. Aku baru buat gynae operation for tubal repair demi untuk mencapai salah satu wish aku. Usaha. Ikhtiar. Doa. Tawakal. Amin. Operasi itu dibuat di Klinik Dr Hamid Arshat, Damansara. Terima kasih banyak2 buat Prof Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan, di atas segala khidmat nasihat dan operasi yang telah dijalankan.

Sepanjang tempoh sebulan berehat tu, dapat la merasa erti berpantang. jaga makan n pergerakan. and of course sangat terima kasih pada beloved husband yang byk berkorban masa, tenaga and $$$$ untuk saya.. :) terima kasih papa. n also thank to keluarga mertua n my siblings yang tolong jaga aku n bantu sikit2 kerja kt umah n maklong yg telah antar mknn.. hehe.. sedap maklong masak..

Alhamdulillah, sekarang aku dah beransur pulih dari sakit2 kesan operasi dan dah mula kerja. yang penting kena jaga makan, add with vitamin n supplement, n masih jaga gerak laku, xleh angkat berat. dan selebihnya aku berserah pada Allah yang lebih Mengetahui..

nway, pray hard 4 my wish. doa selalu. amin..





Wednesday, June 2, 2010

Salam June 2010

Salam sume... muaaahh.. :)

Salam buat June 2010 dengan azam baru.. cehh.. azam apa ke mendenya.. dh tgh tahun baru nk berazam baru.. haha.. xpe.. at least ada satu 'kehidupan' baru walau pada hari atau bulan ke berapa pun dlm setahun tu.. apa kehidupan baru tu??? jeng.. !! jeng..!! jeng!! citer nnti sat ek..

Hari ni dah 02/06/2010.. apa sumbangan kamu dalam hidup dan diri kamu??? sudah masuk separuh tahun 2010 kita lalui.. umur semakin meningkat.. bagaimana dengan ilmu dan amal kamu?? berdoa pada Allah swt agar diberi kekuatan untuk hari mendatang dengan rasa syukur dan diberi hidayah untuk terus hidup dalam ibadah..

02 June ni ada birthday beberapa sahabat lama.. especially buat Noor Azlina Alang Idris aka iena.. hehe.. dah jadik mak org iena skang.. sori x sempat visit2 ko n baby Qaseh lg.. kenduri cukur jambul pon xsempat dtg.. keje ari tu.. mm.. birthday lg sorg, geng masa sekolah menengah SAMTTAR SM.. Siti Ramlah Khadis.. happy birthday.. :) kenangan menjelma balik bile dok sebut2 member2 sekolah ni.. hihi.. sume dah beranak pinak dah pun.. ;)

Ok.. sbenarnye bermula June 2010 ni.. aku ada bisnes baru. n stat buka kedai. tp simple2 je. bisnes jualan tudung, pakaian n aksesori org pompuan. xde la grand mane. yg penting bile berbisnes ni.. mesti berbaloi.. sape nk bisnes utk melingkupkan diri kan. amal jariah namanya tu..

Actually utk jualan tudung tu dah stat bulan april lg dah.. tp jualan kecil2an sesama rakan je. but utk bulan 6 ni, baru stat buka kedai. itu pun just utk disinggahi sesekali mengikut waktu terluang di samping utk tpt simpan stok jualan. memandangkan bende bisnes part time utk isi masa terluang, so aku kene la bahagikan masa yg sepatutnya. ada main kerja yg perlu diutamakan.. dahulukan apa sepatutnye didahulukan..

Lokasi premis kedai aku ni dekat...

NO 8, ZETCOM BUSINESS & SPORTS CENTRE
OLAK LEMPIT, BANTING





Selain jualan produk2 tersebut, ada gak tempahan pakaian. boleh la buat tempahan baju raya.. dah x lama lg nk syawal balik dah ni.. :)

ok guys.. nnti kita citer pjg lg k.. insyaallah, lepas ni akan updet more on my kedai n its contents..
bubye.. salam.. :)

Monday, March 1, 2010

Tapi Hidup Tidak Selalu Indah...

Salam..

Lama giler xupdet blog ni.. Datang singgah hanya sekadar menjenguk.. Tapi tidak juge menghapdet2.. hmmm... haha..

Keterbatasan waktu mengatasi segala-galanya.. Dan apabila waktu kekadang yang mengawal diri kita daripada kita yang mengawal dan 'menguruskannya'.. TIME MANAGEMENT.. katanyewwww.. huuuuu...

Dan... Hidup Ini Indah.. bila kita boleh senyum...
Tapi.. Hidup Tidak Selalu Indah.. bila air mata dan reaksi hambar mengambil tempatnya...

Allah Swt itu Maha Adil.. Subhanallah...

Friday, August 21, 2009

Happy 4th Anniversary for me..

Pic on 21st August 2005 :)

Salam...

Macam lama x tulis kt sini.. ari ni mesti tulis gak.. memorable day.. hihi..

Today is my 4th anniversary.. 21 august 2005 ~ 21 august 2009..
Very happy walaupun tiada sambutan yg akan dilakukan.. hanya senyuman penuh makna.. :)
Masa bagi papa memang tak mengizinkan. Papa tengah busy giler dengan kerja2 dia. Maaf pa, tak banyak yang ma boleh bantu..

Mengimbas kembali majlis perkahwinan aku... ~~~~

19 Ogos 2005..
Tarikh pernikahan. Saat2 sahnya aku menjadi isteri orang. Hee.. touching sungguh kalau diingat2.. Mak melepaskan anak bongsunya ini ke tangan orang lain. Mak nampak tabah tapi hatinya berjuraian air mata. Dah la tanpa abah di sisi. Kami meraikan majlis aku dengan amat berdikari sekali antara mak dan aku juga bantuan sedikit sebanyak dari adik beradik yang lain. Terima kasih semua..

Sesampainya pengantin lelaki dari masjid selepas selesai majlis akad nikah, dipeluk cium menantu barunya itu.. Aku yang di bilik, terintai2 terharu di balik tingkap.. Aku tak ikut ke masjid untuk majlis akad nikah tu coz 'peot'.. huuu.. xtau apa jadi kt masjid, rugi tak dapat enjoy that moment. Hanya dgr perkhabaran dari anak2 buah je dan sudahnya aku dapat tengok majlis tu dalam album je..

Siang 19hb tu, petang selepas solat jumaat, aku dh siap diandam untuk sesi photoshoot (cehh photoshoot konon..) tukar2 baju.. nka jugak tu.. alaa..sesaje pengalaman kan.. bukan selalu dapat posing2 cenggini.. petang jumaat belum ramai lagi kehadiran. Sedara2 pun yang dekat2 je. That's why aku buat petang tu. x de la malu sgt.. heee.. Posing 4 pasang baju.. jenuh jugak.. Penat.. Enjoy this link.. :D http://zaihan.fotopages.com/?entry=534723 Kredit to Abg Zaihan.. tqvm.. pic2 ni sungguh bermakna bagi saya seumur hidup..

Posing punye posing sampai la ke lewat petang nk masuk malam. Terus siap2 untuk majlis nikah. Aku tunggu je kat umah ngan penuh debaran. Dalam pukul 10lebih, pihak belah pengantin lelaki sampai, kami sambut utk majlis batal air sembahyang dan sesi photoshoot lagi bersama keluarga n kawan2. Terima kasih kepada kawan2 Getrahome n Majulia yg meluangkan masa datang pada malam tu.. :) Sah la sudah aku kini menjadi isteri orang. Diari baru aku pun bermula. Malam tu pengantin lelaki ikut rombongannya pulang. Masih belum boleh tinggal.. heee..

20 Ogos 2005..
Hari sabtunya ni, agenda melayan tetamu dan sedara mara yang datang. Terima kasih dapat sinoman @ rewang. Jasa kalian Tuhan saja dapat membalasnya. Capek sungguh rasanya. Sambil2 merewang perkara2 yang belum siap lagi dan juga melayan tetamu. Sungguh berbesar hati dapat meraikan majlis. Terima kasih banyak2 pada mak yang banyak membantu dan berkorban untuk adik.. Saaayaaaang mak.. Begitu juga kepada ahli keluarga yang lain.

Majlis malam mak jemput kumpulan marhaban wanita Kg Labohan Dagang untuk memeriahkan majlis. Serius aku tersuprise!! x tau pun yang mak arrange untuk agenda ini. Mak deal ngan Kak Jam kot. Nway, terima kasih sekali lagi dan malam itu memang meriah dan bermakna. Malam tu dah mula lagi ramai tetamu yang datang dan kawan2 juga pun dah ramai datang. Tq u all..

21 Ogos 2005..
Hari yang dinanti2.. Berdebar2 aku seharian. Berkobar2 juga. Hee.. Majlis yang seumur hidup. InsyaAllah.. Warna2 meriah dan bersemangat telah membugarkan hari itu. Merah n putih.. :D Menyerlah sungguh. Ditambah seri dengan hiasan fresh flower disepanjang tangga naik ke rumah hasil gubahan Kak Ma. TQ.. :)

Tengahari tu hujan.. adehh.. Segala jenis pakaian dah aku campak atas bumbung. Ikut petua orang tua. Nak percaya atau tidak, alhamdulillah x lama lepas tu, hujan reda.. :) Hujan rahmat tu.. Merahmati majlis.. Dan tunggu punya tunggu, pengantin x timbul2. Aku ni dah resah ni. Mekap dah mula cair dah. Bukannya jauh sangat pun. Itu belum mak aku bermenantukan orang johor ke..orang utara, timur ke.. uuu mak aih.. Orang2 tua kata, kalau pengantin lambat sampai, nanti dapat anak lambat. Hah!? Betul ke? Cam betul je.. :/ hmmm

Dekat pukul 1.30 baru rombongan lelaki sampai. Janji pukul 12.00.. huu.. xpe la, janji sampai.. hee.. Majlis pun berlangsung seperti yang dirancang. Rombongan pengantin lelaki disambut meriah dengan paluan kompang dan taburan bunga rampai, syiling dan gula2.. Seronok betul tgk bebudak tu berebut2 depan aku.. Meriah sungguh rasanya.. Dan seterusnya majlis berlanjutan ke atas rumah. Dulang2 hantaran ditukar ganti dan juga sesi fotografi bersama2 ahli keluarga dan juga rakan2. Kemudian kami turun untuk bersantap. Makan beradab. Makan berhadap2.. hehe.. malu2 semua orang tengok. cehh..!! dan juga potong kek. Specially order ngan kaler tema yang sama.. :)

Lepas selesai sume tu, aku terus 'diculik' ke Jenjarom untuk majlis kat sebelah sana pulak. Memang plan buat hari yang sama. Memudahkan semua pihak, x payah amik cuti banyak2 hari dan penat sekali je. Tapi, tu la.. kelam kabut jugak sudahnya.. terkejar2.. Papa x dapat jumpa ramai kawan dia sebab masih berada kat majlis umah aku. Tu la, sape suruh lambat gerak. Tapi difahamkan diorang lambat gerak sebab kerenah anak2 kecik yang banyak ragam. Yang baru nak mandi la, yang melalak la, yang nak susu la, yang nak ke toilet la.. yang besor2 dewasa pun lambat no siapnye. Katanya sibuk melayan tetamu dan rewang dan pada masa yang sama dah nak gerak ke rumah pompuan.. ooo.. cenggitu rupanya.. kelam kabut they all.. hihi..

Di rumah pengantin lelaki, kami terus disambut dengan juadah makan beradab. Lagi sekali.. huu.. tadi baru lepas makan.. nasib baik makan sikit je.. malu2 control punye pasal.. haha.. Selesai makan, kami bergambar bersama keluarga dan sedara2.. Lepas tu, kami melayan tetamu yang hadir sambil berkenalan dengan sedara2 belah papa. uih.. ramai dan confuse dah aku ni. Satu kumpulan baru dalam hidup aku.. Dan malamnya, kami masih menyambut dan melayan tetamu yang tercicir2 xdpt hadir pada siang harinya. Kawan2 papa pun ada yang datang malam.

Terima kasih pada semua tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis. Tak lupa juga pada saudara mara yang datang membantu melancarkan lagi agenda majlis. Semoga kalian dirahmati Allah dan Allah jua yang dapat membalasnya. Fuuhhh... penat.. tapi bahagia.. :D

And now, masuk tahun keempat kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, segala nikmat dan rahmat alam perkahwinan dan berumahtangga dapat kami nikmati dan dengan penuh kasih sayang. Segala badai dan onak duri, kami tangani dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit.. Ingat, itu jodoh yang Tuhan anugerahkan pada kita. Syukuri apa yang Tuhan berikan.. Emmm... walau apapun, bile tiba bab baby.. hmmm... aku betul2 serahkan pada Allah yang Maha Mengetahui dan Berkuasa. Semuanya ketentuan dari Dia belaka. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan.. Aku selayaknya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah, ada rezeki ada la nanti suatu hari.. Amin..

Ok la.. that's all for now. Nanti ada masa kita jumpa lagi.. :)



Daaaaaa......