Tuesday, June 23, 2009

MAMA DOT NET's promotions...

Contoh cupcakes sempena harijadi anak sedara..


Mini pizza yang sedia untuk dibakar


Salam sume..

Jumpe lagi dalam post ni. Hari ni nak amik kesempatan nak promote my sambil2an bisnes. Bisnes kecik2 je, buat entreprenur amatur..


Actually, dari kecik suke bende niaga2 ni. Masa kecik2 dulu aku suke main jual2. Main ngan anak2 buah aku, sepupu2 & sedara2 tepi umah. Jual la apa2, tapi barang2 tu sume fake je.. Daun2 la, kayu, lidi, biji kopi, macam2 la.. Dia punye duit pakai daun. Daun pokok cermai, daun durian.. note wang adalah berdasarkan saiz daun..Kadang2, buat duit fake sendiri pakai kertas dan tulis nilainya kat situ.. Pastu, berurusniaga la..


"Ok cik, saya jual.." kata si penjual.


"Ok, saya beli.." balas si pembeli.


Itu kenangan dolu2, now bisnes betul2 lak. Hehe..ni yg nak cite ni. Alkisah..bermulanya MAMA DOT NET ni..dah masuk tahun kedua..kongsi ngan kakak. Our major business are bakery and florist. The details as below...


BAKERY

Kami mengambil tempahan untuk roti, kek, cupcakes, muffin dan biskut. Pelbagai jenis resepi termasuk roti mini pizza, roti bun, roti pelbagai inti dan perisa. Kek, cupcakes, muffin dan biskut juga pelbagai jenis, saiz dan perisa. Semua tempahan mengikut kehendak pelanggan. Setakat ini, kami ada pelanggan tetap dan bermusim. Pelanggan tetap kami terdiri dari kantin2 sekolah dan pejabat2 kerajaan berdekatan yang mengambil tempahan pelbagai jenis roti dan kek mini. Manakala pelanggan bermusim adalah pelanggan yang membuat tempahan untuk majlis seperti majlis perkahwinan, bertunang, harijadi, kenduri dan sebagainya.
Gambar2 di atas adalah di antara sample produk kami. Nanti kalau sempat, aku akan upload lagi menu2 kami. Untuk tempahan, kalian bolehlah menghubungi nombor telefon kami - Nana ~ 012-370 9151 atau Marmah ~ 019-619 5654.
Ok, untuk petang ni, aku sempat post ni je dulu. Dah nak masuk maghrib. Nanti kita sambung lagi ye. Nak cite bab florist pulak.. :) sweet...
Daaaa.....






Wednesday, June 17, 2009

Saya budak baru belajar

Salam...

Dalam kederasan arus teknologi, masih ada insan-insan yg terkedek2 baru nak belajar pasal blog. Hehe..aku ler tu.. Org lain sampai dah kuar masuk ISA pasal blog, aku baru terhegeh2 nak sign up. Huhu..

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Chewah..siap berpantun..

Anybody yg ada tips & advice bout blog, you are very welcomed. TQ in advanced.

K guys, next post will be coming soon.. Nak godek2 lg ni..
Daaa....