Friday, August 21, 2009

Happy 4th Anniversary for me..

Pic on 21st August 2005 :)

Salam...

Macam lama x tulis kt sini.. ari ni mesti tulis gak.. memorable day.. hihi..

Today is my 4th anniversary.. 21 august 2005 ~ 21 august 2009..
Very happy walaupun tiada sambutan yg akan dilakukan.. hanya senyuman penuh makna.. :)
Masa bagi papa memang tak mengizinkan. Papa tengah busy giler dengan kerja2 dia. Maaf pa, tak banyak yang ma boleh bantu..

Mengimbas kembali majlis perkahwinan aku... ~~~~

19 Ogos 2005..
Tarikh pernikahan. Saat2 sahnya aku menjadi isteri orang. Hee.. touching sungguh kalau diingat2.. Mak melepaskan anak bongsunya ini ke tangan orang lain. Mak nampak tabah tapi hatinya berjuraian air mata. Dah la tanpa abah di sisi. Kami meraikan majlis aku dengan amat berdikari sekali antara mak dan aku juga bantuan sedikit sebanyak dari adik beradik yang lain. Terima kasih semua..

Sesampainya pengantin lelaki dari masjid selepas selesai majlis akad nikah, dipeluk cium menantu barunya itu.. Aku yang di bilik, terintai2 terharu di balik tingkap.. Aku tak ikut ke masjid untuk majlis akad nikah tu coz 'peot'.. huuu.. xtau apa jadi kt masjid, rugi tak dapat enjoy that moment. Hanya dgr perkhabaran dari anak2 buah je dan sudahnya aku dapat tengok majlis tu dalam album je..

Siang 19hb tu, petang selepas solat jumaat, aku dh siap diandam untuk sesi photoshoot (cehh photoshoot konon..) tukar2 baju.. nka jugak tu.. alaa..sesaje pengalaman kan.. bukan selalu dapat posing2 cenggini.. petang jumaat belum ramai lagi kehadiran. Sedara2 pun yang dekat2 je. That's why aku buat petang tu. x de la malu sgt.. heee.. Posing 4 pasang baju.. jenuh jugak.. Penat.. Enjoy this link.. :D http://zaihan.fotopages.com/?entry=534723 Kredit to Abg Zaihan.. tqvm.. pic2 ni sungguh bermakna bagi saya seumur hidup..

Posing punye posing sampai la ke lewat petang nk masuk malam. Terus siap2 untuk majlis nikah. Aku tunggu je kat umah ngan penuh debaran. Dalam pukul 10lebih, pihak belah pengantin lelaki sampai, kami sambut utk majlis batal air sembahyang dan sesi photoshoot lagi bersama keluarga n kawan2. Terima kasih kepada kawan2 Getrahome n Majulia yg meluangkan masa datang pada malam tu.. :) Sah la sudah aku kini menjadi isteri orang. Diari baru aku pun bermula. Malam tu pengantin lelaki ikut rombongannya pulang. Masih belum boleh tinggal.. heee..

20 Ogos 2005..
Hari sabtunya ni, agenda melayan tetamu dan sedara mara yang datang. Terima kasih dapat sinoman @ rewang. Jasa kalian Tuhan saja dapat membalasnya. Capek sungguh rasanya. Sambil2 merewang perkara2 yang belum siap lagi dan juga melayan tetamu. Sungguh berbesar hati dapat meraikan majlis. Terima kasih banyak2 pada mak yang banyak membantu dan berkorban untuk adik.. Saaayaaaang mak.. Begitu juga kepada ahli keluarga yang lain.

Majlis malam mak jemput kumpulan marhaban wanita Kg Labohan Dagang untuk memeriahkan majlis. Serius aku tersuprise!! x tau pun yang mak arrange untuk agenda ini. Mak deal ngan Kak Jam kot. Nway, terima kasih sekali lagi dan malam itu memang meriah dan bermakna. Malam tu dah mula lagi ramai tetamu yang datang dan kawan2 juga pun dah ramai datang. Tq u all..

21 Ogos 2005..
Hari yang dinanti2.. Berdebar2 aku seharian. Berkobar2 juga. Hee.. Majlis yang seumur hidup. InsyaAllah.. Warna2 meriah dan bersemangat telah membugarkan hari itu. Merah n putih.. :D Menyerlah sungguh. Ditambah seri dengan hiasan fresh flower disepanjang tangga naik ke rumah hasil gubahan Kak Ma. TQ.. :)

Tengahari tu hujan.. adehh.. Segala jenis pakaian dah aku campak atas bumbung. Ikut petua orang tua. Nak percaya atau tidak, alhamdulillah x lama lepas tu, hujan reda.. :) Hujan rahmat tu.. Merahmati majlis.. Dan tunggu punya tunggu, pengantin x timbul2. Aku ni dah resah ni. Mekap dah mula cair dah. Bukannya jauh sangat pun. Itu belum mak aku bermenantukan orang johor ke..orang utara, timur ke.. uuu mak aih.. Orang2 tua kata, kalau pengantin lambat sampai, nanti dapat anak lambat. Hah!? Betul ke? Cam betul je.. :/ hmmm

Dekat pukul 1.30 baru rombongan lelaki sampai. Janji pukul 12.00.. huu.. xpe la, janji sampai.. hee.. Majlis pun berlangsung seperti yang dirancang. Rombongan pengantin lelaki disambut meriah dengan paluan kompang dan taburan bunga rampai, syiling dan gula2.. Seronok betul tgk bebudak tu berebut2 depan aku.. Meriah sungguh rasanya.. Dan seterusnya majlis berlanjutan ke atas rumah. Dulang2 hantaran ditukar ganti dan juga sesi fotografi bersama2 ahli keluarga dan juga rakan2. Kemudian kami turun untuk bersantap. Makan beradab. Makan berhadap2.. hehe.. malu2 semua orang tengok. cehh..!! dan juga potong kek. Specially order ngan kaler tema yang sama.. :)

Lepas selesai sume tu, aku terus 'diculik' ke Jenjarom untuk majlis kat sebelah sana pulak. Memang plan buat hari yang sama. Memudahkan semua pihak, x payah amik cuti banyak2 hari dan penat sekali je. Tapi, tu la.. kelam kabut jugak sudahnya.. terkejar2.. Papa x dapat jumpa ramai kawan dia sebab masih berada kat majlis umah aku. Tu la, sape suruh lambat gerak. Tapi difahamkan diorang lambat gerak sebab kerenah anak2 kecik yang banyak ragam. Yang baru nak mandi la, yang melalak la, yang nak susu la, yang nak ke toilet la.. yang besor2 dewasa pun lambat no siapnye. Katanya sibuk melayan tetamu dan rewang dan pada masa yang sama dah nak gerak ke rumah pompuan.. ooo.. cenggitu rupanya.. kelam kabut they all.. hihi..

Di rumah pengantin lelaki, kami terus disambut dengan juadah makan beradab. Lagi sekali.. huu.. tadi baru lepas makan.. nasib baik makan sikit je.. malu2 control punye pasal.. haha.. Selesai makan, kami bergambar bersama keluarga dan sedara2.. Lepas tu, kami melayan tetamu yang hadir sambil berkenalan dengan sedara2 belah papa. uih.. ramai dan confuse dah aku ni. Satu kumpulan baru dalam hidup aku.. Dan malamnya, kami masih menyambut dan melayan tetamu yang tercicir2 xdpt hadir pada siang harinya. Kawan2 papa pun ada yang datang malam.

Terima kasih pada semua tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis. Tak lupa juga pada saudara mara yang datang membantu melancarkan lagi agenda majlis. Semoga kalian dirahmati Allah dan Allah jua yang dapat membalasnya. Fuuhhh... penat.. tapi bahagia.. :D

And now, masuk tahun keempat kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, segala nikmat dan rahmat alam perkahwinan dan berumahtangga dapat kami nikmati dan dengan penuh kasih sayang. Segala badai dan onak duri, kami tangani dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit.. Ingat, itu jodoh yang Tuhan anugerahkan pada kita. Syukuri apa yang Tuhan berikan.. Emmm... walau apapun, bile tiba bab baby.. hmmm... aku betul2 serahkan pada Allah yang Maha Mengetahui dan Berkuasa. Semuanya ketentuan dari Dia belaka. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan.. Aku selayaknya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah, ada rezeki ada la nanti suatu hari.. Amin..

Ok la.. that's all for now. Nanti ada masa kita jumpa lagi.. :)



Daaaaaa......

4 comments:

  1. kak nana...lawa!~..suke2...
    dan dah tgk gmbr akak kat fotopages tuh gak..
    laaawaaa!~...
    comel gle mse akak pakai baju biru tuh...hikhik..
    anyway..congratz kak, dah 4 tahun kawen....
    semoga kekal ke akhir hayat... =)

    mcm2 perasaan lak bce catatan hr perkawinan akak....
    huhu...
    kte esok cemane plak perasaannyer..huhu... =P

    ReplyDelete
  2. tq hannan..
    mmg mcm2 perasaan ada.. time tulis cite yg pjg lebor ni pun asik senyum2 sndrik je.. heee...
    xperasan bile dh siap tulis, rupenye pjg giler..haha..
    pic2 tu masa slim lagik.. skang dh terlebih makan mauripan sikit.. kah3..
    n i hope u will go thru this luvly moment with happiness too.. :D

    ReplyDelete
  3. uiiii..cukup detail bercerita..apa2pun semoga kebahagian di sampingmu Nana:) semoga kekal hingga ke akhirat:)

    ReplyDelete
  4. kak ila.. hihi..
    mesti la detail.. kenangan seumur hidup kann.. masih fresh lg dlm ingatan nk dicerita semula.. ececeh.. :)
    nway, tq kak 4 ur wish n it's a pray.. amin..

    ReplyDelete