Wednesday, August 12, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Salam Alaik..

Alhamdulillah, Ramadhan Al Mubarak akan kembali tak lama lagi. Tak sabar nak berpuasa. Nikmatnya, tok sah cakap la.. Lagi2 bile dah dapat bersahur dan berbuka bersama orang tersayang. Makan hidangan dan juadah bersama-sama samada yang dimasak sendiri atau beli sahaja. Seronok betul kalau shopping kat bazaar ramadhan.. heee.. (hilang pahala puasa kalau ikut nafsu kan... apa la..)
Tahun ni, untuk kesekian kalinya aku bersahur dan berbuka tanpa mak dan abah. Makan berdua je la gamaknya. Kalau reramai pon harap adik beradik yang lain balik kampung atau pun kitorang balik je ke Jenjarom. Kat Jenjarom pun boleh tahan meriah jugak sebab kat sana masih ramai penghuni seisi rumah. Konfem penuh meja ngan makanan dan jajan-jajan yang akan aku bawak sekali.
Berharap ibadah puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Malam tarawikh yang lebih sempurna. Lebih seronok kalau dapat bertarawikh kat masjid. Lebih khusyuk dan dapat merapatkan silaturrahim dengan makcik-makcik dan saudari-saudari yang bertarawikh sama.
Tapi, tahun ni aku berpuasa kat rumah sepenuh masa gamaknya. Tahun-tahun sebelum ni berpuasa sambil bekerja. Duduk kat rumah ni, dugaan lebih kot. Mesti akan ada extra tidur.. hahaha.. Ish3.. Harap-harap tak ada la. Dah biasa pun kat umah dengan tak makan. Banyak lagi xtvt lain boleh buat. Buat kuih raya ke, menjahit ke, apa ke.. kan :)
Ok la. Just enough for now. Salam Ramadhan untuk semua.. :)
Daaaaa.....

2 comments:

  1. kak nana!~
    selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak bersama yg tersayang...=)

    ReplyDelete
  2. tq hannan.. :)
    insyaallah.. sume2 pun akk sayang.. include u.. nice to know u.. :)

    ReplyDelete