Monday, July 6, 2009

Florist by Mama Dot Net

Sirih Junjung


Luvly purple roses


Blooming Gerbera & Carnations


Dazzling Carnations



Roses & red highlight of Authurium


Salam readers..

Dah masuk minggu aku x post new n3..waaaa... Sah2 aku fail untuk jadi blogger.. That's why jugak aku bukan jenis yg nak tulis2 diary nih.. Maleh nk ngadap.. Tapi ada kepentingan dan keperluan blog-blog ni kan. Tak kira la apa pun pandangan anda dan penulis2 blog yg lain. Itu subjective.. Luahan rasa mungkin, atau business purposes, emm tempat berkarya juge, mungkin juga untuk mengisi masa lapang. Terpulang kepada penafsiran individu.

N3 kali ni aku nk sambung cite pasal projek florist aku tu...


FLOWER DECO

Mama Dot Net juga menawarkan perkhidmatan hiasan bunga. Ini termasuk hiasan bunga segar ataupun artificial flower. Most of the request is fresh flowers deco. Bunga ini akan dipastikan kesegarannya dan sudah pasti yang cantik2 belaka... :) emmm...harummm..

Kami ada mengambil tempahan untuk supply bunga hiasan meja untuk pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Bagi pelanggan tetap, hiasan bunga akan dihantar dan diganti pada setiap minggu. Dan pastinya karya hiasan bunga itu juga akan berlainan setiap minggu. Jadi, pelanggan tidak akan menghadap hiasan dan jenis bunga yang sama.

Selain itu, bagi tempahan dari individu, kebiasaannya mereka membuat tempahan hiasan bunga untuk kegunaan hiasan rumah sendiri, hadiah, majlis-majlis seperti perkahwinan, pertunangan dsb. dan malah ada juge yang buat tempahan untuk masuk pertandingan gubahan... hmm tak aci kan. Kalau menang, tak apa lah, rezeki masing-masing kan.

Bagi jenis-jenis hiasan bunga untuk majlis termasuklah sirih junjung, bunga pegang, hiasan bunga set hantaran, hiasan tambahan untuk pelamin, hiasan bilik pengantin (meja solek, katil, dsb.), hiasan di pintu masuk (pintu, gerbang, tangga, dsb.), hiasan meja makan beradab, hiasan meja tetamu dan banyak lagi which very best suit to customers' request.

Jenis bunga, design dan saiz bergantung kepada permintaan pelanggan dan itu juga bergantung kepada kegunaan dan lokasi hiasan bunga itu nanti. Yang pastinya, kalian bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut. Di atas adalah sample untuk bunga hiasan meja pejabat. More photos will be updated soon.

Ok ya, setakat ini dulu. Nanti ketemu lagi..

Daaaaaa......




MAMA DOT NET
Nana ~ 012-370 9151
Kak Ma ~ 019-619 5654

No comments:

Post a Comment