Friday, August 22, 2014

MALAYSIA BERKABUNG.. ALFATIHAH MH17

Salam 22 Ogos 2014..





 

Entry pertama 2014. Setelah sekian lama tidak menjengah blog ni. Bersawang berkepuk2 nampaknya.

Hari ni Jumaat 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435H, Malaysia mencatat sejarah. Hari ini Malaysia berkabung buat pesawat MH17. Pesawat ini didakwa ditembak oleh puak pengganas dan jatuh terhempas di tanah Ukraine semasa dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Malaysia pada 17 Julai yang lalu. dan pada hari ini adalah hari di mana mangsa-mangsa dari Malaysia yang berjaya dikenalpasti dibawa pulang ke tanahair. 20 jenazah telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan dan dibawa ke destinasi akhir masing-masing untuk dikebumikan. Tiada lafaz mampu diungkap di kala orang tersayang tidak dapat ditatap buat kali terakhir dan pergi tanpa sebarang tanda. Alfatihah buatmu.. :'(