Friday, August 21, 2009

Happy 4th Anniversary for me..

Pic on 21st August 2005 :)

Salam...

Macam lama x tulis kt sini.. ari ni mesti tulis gak.. memorable day.. hihi..

Today is my 4th anniversary.. 21 august 2005 ~ 21 august 2009..
Very happy walaupun tiada sambutan yg akan dilakukan.. hanya senyuman penuh makna.. :)
Masa bagi papa memang tak mengizinkan. Papa tengah busy giler dengan kerja2 dia. Maaf pa, tak banyak yang ma boleh bantu..

Mengimbas kembali majlis perkahwinan aku... ~~~~

19 Ogos 2005..
Tarikh pernikahan. Saat2 sahnya aku menjadi isteri orang. Hee.. touching sungguh kalau diingat2.. Mak melepaskan anak bongsunya ini ke tangan orang lain. Mak nampak tabah tapi hatinya berjuraian air mata. Dah la tanpa abah di sisi. Kami meraikan majlis aku dengan amat berdikari sekali antara mak dan aku juga bantuan sedikit sebanyak dari adik beradik yang lain. Terima kasih semua..

Sesampainya pengantin lelaki dari masjid selepas selesai majlis akad nikah, dipeluk cium menantu barunya itu.. Aku yang di bilik, terintai2 terharu di balik tingkap.. Aku tak ikut ke masjid untuk majlis akad nikah tu coz 'peot'.. huuu.. xtau apa jadi kt masjid, rugi tak dapat enjoy that moment. Hanya dgr perkhabaran dari anak2 buah je dan sudahnya aku dapat tengok majlis tu dalam album je..

Siang 19hb tu, petang selepas solat jumaat, aku dh siap diandam untuk sesi photoshoot (cehh photoshoot konon..) tukar2 baju.. nka jugak tu.. alaa..sesaje pengalaman kan.. bukan selalu dapat posing2 cenggini.. petang jumaat belum ramai lagi kehadiran. Sedara2 pun yang dekat2 je. That's why aku buat petang tu. x de la malu sgt.. heee.. Posing 4 pasang baju.. jenuh jugak.. Penat.. Enjoy this link.. :D http://zaihan.fotopages.com/?entry=534723 Kredit to Abg Zaihan.. tqvm.. pic2 ni sungguh bermakna bagi saya seumur hidup..

Posing punye posing sampai la ke lewat petang nk masuk malam. Terus siap2 untuk majlis nikah. Aku tunggu je kat umah ngan penuh debaran. Dalam pukul 10lebih, pihak belah pengantin lelaki sampai, kami sambut utk majlis batal air sembahyang dan sesi photoshoot lagi bersama keluarga n kawan2. Terima kasih kepada kawan2 Getrahome n Majulia yg meluangkan masa datang pada malam tu.. :) Sah la sudah aku kini menjadi isteri orang. Diari baru aku pun bermula. Malam tu pengantin lelaki ikut rombongannya pulang. Masih belum boleh tinggal.. heee..

20 Ogos 2005..
Hari sabtunya ni, agenda melayan tetamu dan sedara mara yang datang. Terima kasih dapat sinoman @ rewang. Jasa kalian Tuhan saja dapat membalasnya. Capek sungguh rasanya. Sambil2 merewang perkara2 yang belum siap lagi dan juga melayan tetamu. Sungguh berbesar hati dapat meraikan majlis. Terima kasih banyak2 pada mak yang banyak membantu dan berkorban untuk adik.. Saaayaaaang mak.. Begitu juga kepada ahli keluarga yang lain.

Majlis malam mak jemput kumpulan marhaban wanita Kg Labohan Dagang untuk memeriahkan majlis. Serius aku tersuprise!! x tau pun yang mak arrange untuk agenda ini. Mak deal ngan Kak Jam kot. Nway, terima kasih sekali lagi dan malam itu memang meriah dan bermakna. Malam tu dah mula lagi ramai tetamu yang datang dan kawan2 juga pun dah ramai datang. Tq u all..

21 Ogos 2005..
Hari yang dinanti2.. Berdebar2 aku seharian. Berkobar2 juga. Hee.. Majlis yang seumur hidup. InsyaAllah.. Warna2 meriah dan bersemangat telah membugarkan hari itu. Merah n putih.. :D Menyerlah sungguh. Ditambah seri dengan hiasan fresh flower disepanjang tangga naik ke rumah hasil gubahan Kak Ma. TQ.. :)

Tengahari tu hujan.. adehh.. Segala jenis pakaian dah aku campak atas bumbung. Ikut petua orang tua. Nak percaya atau tidak, alhamdulillah x lama lepas tu, hujan reda.. :) Hujan rahmat tu.. Merahmati majlis.. Dan tunggu punya tunggu, pengantin x timbul2. Aku ni dah resah ni. Mekap dah mula cair dah. Bukannya jauh sangat pun. Itu belum mak aku bermenantukan orang johor ke..orang utara, timur ke.. uuu mak aih.. Orang2 tua kata, kalau pengantin lambat sampai, nanti dapat anak lambat. Hah!? Betul ke? Cam betul je.. :/ hmmm

Dekat pukul 1.30 baru rombongan lelaki sampai. Janji pukul 12.00.. huu.. xpe la, janji sampai.. hee.. Majlis pun berlangsung seperti yang dirancang. Rombongan pengantin lelaki disambut meriah dengan paluan kompang dan taburan bunga rampai, syiling dan gula2.. Seronok betul tgk bebudak tu berebut2 depan aku.. Meriah sungguh rasanya.. Dan seterusnya majlis berlanjutan ke atas rumah. Dulang2 hantaran ditukar ganti dan juga sesi fotografi bersama2 ahli keluarga dan juga rakan2. Kemudian kami turun untuk bersantap. Makan beradab. Makan berhadap2.. hehe.. malu2 semua orang tengok. cehh..!! dan juga potong kek. Specially order ngan kaler tema yang sama.. :)

Lepas selesai sume tu, aku terus 'diculik' ke Jenjarom untuk majlis kat sebelah sana pulak. Memang plan buat hari yang sama. Memudahkan semua pihak, x payah amik cuti banyak2 hari dan penat sekali je. Tapi, tu la.. kelam kabut jugak sudahnya.. terkejar2.. Papa x dapat jumpa ramai kawan dia sebab masih berada kat majlis umah aku. Tu la, sape suruh lambat gerak. Tapi difahamkan diorang lambat gerak sebab kerenah anak2 kecik yang banyak ragam. Yang baru nak mandi la, yang melalak la, yang nak susu la, yang nak ke toilet la.. yang besor2 dewasa pun lambat no siapnye. Katanya sibuk melayan tetamu dan rewang dan pada masa yang sama dah nak gerak ke rumah pompuan.. ooo.. cenggitu rupanya.. kelam kabut they all.. hihi..

Di rumah pengantin lelaki, kami terus disambut dengan juadah makan beradab. Lagi sekali.. huu.. tadi baru lepas makan.. nasib baik makan sikit je.. malu2 control punye pasal.. haha.. Selesai makan, kami bergambar bersama keluarga dan sedara2.. Lepas tu, kami melayan tetamu yang hadir sambil berkenalan dengan sedara2 belah papa. uih.. ramai dan confuse dah aku ni. Satu kumpulan baru dalam hidup aku.. Dan malamnya, kami masih menyambut dan melayan tetamu yang tercicir2 xdpt hadir pada siang harinya. Kawan2 papa pun ada yang datang malam.

Terima kasih pada semua tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis. Tak lupa juga pada saudara mara yang datang membantu melancarkan lagi agenda majlis. Semoga kalian dirahmati Allah dan Allah jua yang dapat membalasnya. Fuuhhh... penat.. tapi bahagia.. :D

And now, masuk tahun keempat kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, segala nikmat dan rahmat alam perkahwinan dan berumahtangga dapat kami nikmati dan dengan penuh kasih sayang. Segala badai dan onak duri, kami tangani dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit.. Ingat, itu jodoh yang Tuhan anugerahkan pada kita. Syukuri apa yang Tuhan berikan.. Emmm... walau apapun, bile tiba bab baby.. hmmm... aku betul2 serahkan pada Allah yang Maha Mengetahui dan Berkuasa. Semuanya ketentuan dari Dia belaka. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan.. Aku selayaknya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah, ada rezeki ada la nanti suatu hari.. Amin..

Ok la.. that's all for now. Nanti ada masa kita jumpa lagi.. :)



Daaaaaa......

Wednesday, August 12, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Salam Alaik..

Alhamdulillah, Ramadhan Al Mubarak akan kembali tak lama lagi. Tak sabar nak berpuasa. Nikmatnya, tok sah cakap la.. Lagi2 bile dah dapat bersahur dan berbuka bersama orang tersayang. Makan hidangan dan juadah bersama-sama samada yang dimasak sendiri atau beli sahaja. Seronok betul kalau shopping kat bazaar ramadhan.. heee.. (hilang pahala puasa kalau ikut nafsu kan... apa la..)
Tahun ni, untuk kesekian kalinya aku bersahur dan berbuka tanpa mak dan abah. Makan berdua je la gamaknya. Kalau reramai pon harap adik beradik yang lain balik kampung atau pun kitorang balik je ke Jenjarom. Kat Jenjarom pun boleh tahan meriah jugak sebab kat sana masih ramai penghuni seisi rumah. Konfem penuh meja ngan makanan dan jajan-jajan yang akan aku bawak sekali.
Berharap ibadah puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Malam tarawikh yang lebih sempurna. Lebih seronok kalau dapat bertarawikh kat masjid. Lebih khusyuk dan dapat merapatkan silaturrahim dengan makcik-makcik dan saudari-saudari yang bertarawikh sama.
Tapi, tahun ni aku berpuasa kat rumah sepenuh masa gamaknya. Tahun-tahun sebelum ni berpuasa sambil bekerja. Duduk kat rumah ni, dugaan lebih kot. Mesti akan ada extra tidur.. hahaha.. Ish3.. Harap-harap tak ada la. Dah biasa pun kat umah dengan tak makan. Banyak lagi xtvt lain boleh buat. Buat kuih raya ke, menjahit ke, apa ke.. kan :)
Ok la. Just enough for now. Salam Ramadhan untuk semua.. :)
Daaaaa.....

Wednesday, August 5, 2009

Hari Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum wbt,

Dear readers, hari ni nk share dengan u all tentang hari Nisfu Sya'aban. Artikel di bawah aku dapat dari kawan sepengajian aku dulu, Ainulmaawa binti Hamat aka Ain @ Wawa. Thanks Ain coz sharing this valuable info with us.

"Quote from Ainulmaawa's article"
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 05 Ogos 2009 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H). Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah swt dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari Nisfu Sya'aban ada lah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib, solat sunat Nisfu Sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah swt
ii)Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah swt
iii)Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam 7 mati di dalam iman
& pohonlah segala yang baik.
iv)Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
v) Baca doa Nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Sya'aban sebanyak 22. Antaranya yang termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan Bulan Sya'ban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah swt haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman bin Abi Al-As, sabda nabi Muhammad saw : Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam...




Selamat beramal.
Salam......

Tuesday, August 4, 2009

My new baby cats....


Salam readers,

Hati berbunga riang menerima kelahiran baby cat baru... weeeee... Baby si Adik baru beranak smlm pagi, 03/08/2009. Dalam pukul 7-8 pagi. Tiba2 pepagi tu dgr bunyik baby cat. Terus cepat2 cari Adik. :) Suke gilerrr... Setakat ni baru terkeluar sekor, rasa2 macam ada lagi sbb perut dia masih memboyot. Tapi sampai la ni, xdek progress pape pun. Harap2 Adik ok la. Takut ada complication pape dalam perut tu.. Sbb dlm seminggu lps, dia dah bleeding n kuar air. Air ketuban kot... huhu.. pandai2 je aku.. hmmm.. *cam doktor bidan haiwan lak.. Jantina baby cat Adik lum dapat dikenalpasti lagi sbb masih terlalu ke'baby'annye... Kaler x ikut lak mak dia. Sape la bapak dia ni.. hmmmm.. Corak pon x berapa jelas lagi.
Baby cat Adik

Bertambah kegirangan hati lagi, si Kelabu kt kebun pun dah beranak. 4 ekor anak dia... weeee... Makin bertambah la security papa kt kebun.. hehe.. Kaler anak2 Kelabu sama ngan maknye and mungkin ikut bapak dia jugak. Ada campur putih. Mesti comel n lawa nanti sebab bulu si Kelabu sungguh gebu. Sukeeee.... :)

Hmmmm...Walaupun kami belum dikurniakan rezeki anak, alhamdulillah rezeki kucing bertambah2. Kucing pun rezeki jugak yg Allah swt nak bagi. Menduga iman kita, sabar kita, kasih sayang kita dan ekonomi kita juge.. Banyak gak nk belanja untuk 'diaekor' ko ni berbandingkan kalau nak suap mulut kami berdua je. Tapi itu bukan masalahnya, 'diaekor' pun makhluk tuhan juga. Berhak utk hidup di atas muka bumi ini...

Ini la Kelabu


Baby cat Kelabu

Ok guys, ni update utk baby cats aku. Nanti ketemu lagi...


Daaaaa.......
*Nota: Glemer 'diaekor' ni, baru baby sehari dah masuk tenet, haiwan lak tu...

Saturday, August 1, 2009

My lost diary

Salam...

Lama giler x update blog... appaarraa... Rasanya dalam 2 minggu ni cam banyak mende sikit yg dibuat...

Bikin jiwa kacau
Emosi x menentu
Perasaan terganggu
Hati berkecamuk
Fikiran buntu...

Hmmm...apa pun semuanya aku kembalikan kepada Allah swt. Dia yg menentukan jalan hidup aku.. Aku harus tabah menerima dan menempuh jalan yg Dia telah tentukan.

Tapi, aku tahu Allah swt itu maha adil. Masih ada cahaya yg akan menyuluh jalan di hadapan. Dan masih ada kegembiraan yg dikurniakan. Aku nikmati kegembiraan itu sebolehnya. Terima kasih memberi peluang itu dan aku dapat merasai pengalaman itu sekali lagi hari ini.. :) Terima kasih atas cahaya dan gembira itu. Lantas....

Bisa tidur senyum
Panjat syukur
Minda lapang dan tenang
Berikan kekuatan dan ketabahan
Tambah kesabaran

Amin...

I just drop by to activate back my blog.. hehe.. Still seeking my lot of stories in My Lost Diary.. Will update soon.. InsyaAllah...


Daaaaa..... :D