Saturday, July 18, 2009

Berbakti kepada tanah....

Pokok pisang... *yang semak2 tu biasala..kurang maintenance..*


Pokok-pokok cili besar di perbatasan

Cili besar sedia untuk dipasarkan

Ni la pokok timun

Dan ini hasilnya...

Ni pulak pokok kacang panjang..masih anak lagi..

Dan ini, hasilnya... *weeeee, jenuh nak memetiknya ni*

Pokok keladi
Dan juga hasilnya

Pokok keledek

Anak pokok jambu madu

Pokok limau kasturi

Pokok jagung

Pokok brendi...ups! pokok bendi...

Pokok turruunnn... hmmm..pokok terung lah!


Salam semua..

Berjumpa lagi kita dalam post ini. Berapa hari dah x update blog. Jiwa ada kacau sikit la. No mood nak layan blog. But today, ada feel nak cite pasal kebun 'main-main' yang diusahakan oleh suami tersayang i itu. Dah nak masuk 2 tahun dah dia kerjakan kebun yang pada asalnya macam main-main tp dah semakin serius sekarang ni. Dan alhamdulillah, rezeki hasil daripada berbudi pada tanah ini, dapatlah menyuap sedikit sebanyak mulut kami berdua dan kucing-kucing peliharaan. Terima kasih pada Papa, yang xjemu2 dan semakin giat bersemangat dengan kebunnya itu. Mama sentiasa beri semangat dan doakan Papa berjaya... Amin..

Post ini juga sebab nak meraikan hari ulangtahun Papa yang ke-32. Hmmm...cam dah banyak dah angka tu. Happy birthday Papa... Ma xpernah lupa birthday Papa macam Papa selalu lupa birthday Mama.. huhu.. Kebun punya pasal, dia xpeduli ni harijadi dia ke apa ke, kerja tetap kerja. So workaholic la this guy. Tp actually we already have plan, tp xtau lagi nk gerak kul bape. Jap lagi kot.. "Hello papa..."

Back to topic, kebun ni diusahakan oleh Papa sendiri dengan bantuan sepupu-sepupunya dan juga silih berganti punya pekerja. Dapat upah, blah. Pening pale Papa fikir pasal pekerja. So, buat je la apa yang Papa dan sepupu-sepupu mampu. Let me introduce his cousin, Apis & Suib. Org kuat mereka ni, juga very good advisor dalam bidang kebun sayur ni. Muda-muda tapi have a lot experiences dalam bidang pertanian. Manakala tugas-tugas aku di kebun...sudah semestinya tukang masak @ caterer :) Cukup time, nasik sampai.. Aku juga membantu kerja-kerja yang agak ringan seperti tabur baja dan menyemai. Yang penting, tangan mesti 'sejuk'. Khidmat aku juga amat diperlukan semasa musim harvest. Jadi tukang petik hasil sepanjang hari. Penat jugak..huhu..tp bile tgk hasilnya..seronok..weeeee...

Antara hasil-hasil kebun ni termasuklah pelbagai jenis pisang, serai, cili besar, cili kecil, kacang panjang, keledek, keladi, timun, terung, bendi, limau kasturi, jambu madu (output from kebun Suib) dll. Hasilnya akan dipasarkan secara runcit perseorangan, kedai-kedai runcit, gerai sayur dan juga ke pasar borong mengikut jumlah hasil pengeluaran. Sesiapa yang berminat juga boleh membuat tempahan :)

Apapun, semoga Papa berjaya dalam bidang yang boleh dikatakan Papa masih amatur. Dan tak rugi berbakti pada tanah ni. Allah akan memberi rezeki kepada hambaNya yang berusaha...InsyaAllah..Amin..

Daaaaa...See you ya.. Nanti kita sambung lagi ya..



Nota kaki: Pertanian Satu Perniagaan...

Friday, July 10, 2009

Merindukanmu......



Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu

Meski ku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku
Ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah segalanya
Saat aku meratapi kekalahanku


Salam guys,

:)

Bait-bait di atas sebenarnya adalah lirik lagu Merindukanmu by D'Massive. Sebuah kumpulan penyanyi dari Indonesia. This song become so familiar in my mind. Hari-hari pun dengar dan nyanyi. Lebih-lebih lagi sekarang ni, dah jadi theme song sebuah sinetron baru di Astro Prima bertajuk Sekar. Tapi tak tengok pun cite tu, dengar lagu je, pastu tukar channel.. :) Siapa yang tak pernah dengar lagu ni, bolehlah layan my song playlist.. ~~~~
Dan aku yakin, lagu ini juga sangat familiar, popular dan bermain2 di minda kalian2 Gafimmers.. hehe.. Berhantu kan lagu ni.. So sweet memory.. Takkan lupa kan hari bersejarah itu...

Di samping memory itu yang tak boleh tu, pada aku lagu ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai general. Anybody can be the someone, somebody or something yang dirindui itu. And most probably, it was dedicated to Allah SWT.. Right? Cuba hayati dan renunglah bait-bait itu... Subhanallah...Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui... (apa yang kurasakan...)

Ini membuatkan aku juga merindui semua insan2 yang menjalani hidup ini dengan aku. Daripada aku kecik sampailah sekarang ni. Termasuklah: *siap bullet point lagi
  • kawan2 tadika (Tabika Kemas Kg Labohan Dagang)
  • kawan2 sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang)
  • kawan2 sekolah menengah (SAMTTAR SM) *panjang nama sekolah aku ni
  • rakan2 sepengajian (UiTM Segamat '99-'01 & UiTM Shah Alam '02-'04)
  • rakan2 sepejabat (Getrahome Sdn Bhd & Automotive Centre of Excellence-ACE)
  • rakan2 kenalan di luar
  • sedara mara
  • sepupu sepapat
  • ahli keluarga jauh dan dekat
  • anak-anak saudara dan cucu ku
  • adik-beradikku dan....
  • sesiapa yg mengenali aku
Yang paling-paling aku rindu, sudah semestinya arwah abah dan mak yang sangat-sangat aku sayangi..... Ayahandaku Allahyarham Haji Markom bin Haji Abdul Rahman dan Bondaku Allahyarhamah Parinah binti Kasman. Abah, mak.... adik doakan abah ngan mak selalu dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Semoga abah ngan mak ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan solehah. Adik selalu doakan semoga abah dan mak juga dapat bertemu kat sana. Adik tau mak terlalu rindukan abah. Abah, mak...adik rindu sangat2 kat abah ngan mak. Adik tak lupa sedekahkan dan bacakan abah ngan mak surah Yassin dan surah Al-Fatihah terutamanya kalau adik rindu sangat2 sampai mimpi2..

*dah leleh dah ni, aku dah tak nampak keyboard dah ni.. huhu.. lain kali sambung la...

Daaaaa......

Thursday, July 9, 2009

Menu Hari Ini.....

mmmmmm...........



Salam semua...
Post hari ni nak cite pasal makan2.. I love eating. But is it eating affecting my size yang gebu ini atau my previous medicine taking effect. Wallahualam. Itu semua rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah... Daripada aku kurus macam plywood dulu tu, lagi tak best. Lori lalu pun rasa melayang. Anyhow, I try my best to sustain my weight, my BMI. Sekarang ni ideal lagi la..

Berbalik kepada topik kita pada hari ini, seseorang telah mengecurkan air liur ini dengan menu tom yam. So, seharusnyalah aku akan menikmati tom yam hari ini. Tak kira la masak sendiri atau beli saja.. Itu yang mudah.. Express.. Tapi lagi best kalau dapat tom yam yang kuah dia campur santan rasanya tu. Rasa lebih lemak. Tapi tak banyak kedai yang serve menu tom yam tu. Restoran Juara Tom Yam ada kot, tapi harga dia lebih sikit la dari restoran seafood lain yang kat tepi-tepi jalan tu..

So, to my luvly sis yang aku kenal di chatbox sebuah laman blog, jeng..jeng..jeng.. blog manakah itu?? *uit tetibe melencong.. TQ sis, bagi idea untuk menu hari ini.

Dan sorry to my beloved anak buah, Pija, sorry kot.. menu yang ko mintak tolong aku masakkan tu, tak dapat kot hari ni. Lain kali ye.. Anak buah aku mintak tolong buatkan bubur nasi special. Tapi tak dapat nak buat hari ni la..Sorry sekali lagi..

Ok, masa sudah time untuk hari ini. Selamat menjamu selera. See you..



Daaaaa...





*Nota: Suka gi jalan2 carik makan along Kanchong's road. Tak habis try lagi semua restoran2 kat situ. Banyak sungguh... My uncle pun baru buka restoran kat situ, couple of months juga la.. To Cik Taslim & Cik Fiza, wish your business success...

Monday, July 6, 2009

Florist by Mama Dot Net

Sirih Junjung


Luvly purple roses


Blooming Gerbera & Carnations


Dazzling Carnations



Roses & red highlight of Authurium


Salam readers..

Dah masuk minggu aku x post new n3..waaaa... Sah2 aku fail untuk jadi blogger.. That's why jugak aku bukan jenis yg nak tulis2 diary nih.. Maleh nk ngadap.. Tapi ada kepentingan dan keperluan blog-blog ni kan. Tak kira la apa pun pandangan anda dan penulis2 blog yg lain. Itu subjective.. Luahan rasa mungkin, atau business purposes, emm tempat berkarya juge, mungkin juga untuk mengisi masa lapang. Terpulang kepada penafsiran individu.

N3 kali ni aku nk sambung cite pasal projek florist aku tu...


FLOWER DECO

Mama Dot Net juga menawarkan perkhidmatan hiasan bunga. Ini termasuk hiasan bunga segar ataupun artificial flower. Most of the request is fresh flowers deco. Bunga ini akan dipastikan kesegarannya dan sudah pasti yang cantik2 belaka... :) emmm...harummm..

Kami ada mengambil tempahan untuk supply bunga hiasan meja untuk pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Bagi pelanggan tetap, hiasan bunga akan dihantar dan diganti pada setiap minggu. Dan pastinya karya hiasan bunga itu juga akan berlainan setiap minggu. Jadi, pelanggan tidak akan menghadap hiasan dan jenis bunga yang sama.

Selain itu, bagi tempahan dari individu, kebiasaannya mereka membuat tempahan hiasan bunga untuk kegunaan hiasan rumah sendiri, hadiah, majlis-majlis seperti perkahwinan, pertunangan dsb. dan malah ada juge yang buat tempahan untuk masuk pertandingan gubahan... hmm tak aci kan. Kalau menang, tak apa lah, rezeki masing-masing kan.

Bagi jenis-jenis hiasan bunga untuk majlis termasuklah sirih junjung, bunga pegang, hiasan bunga set hantaran, hiasan tambahan untuk pelamin, hiasan bilik pengantin (meja solek, katil, dsb.), hiasan di pintu masuk (pintu, gerbang, tangga, dsb.), hiasan meja makan beradab, hiasan meja tetamu dan banyak lagi which very best suit to customers' request.

Jenis bunga, design dan saiz bergantung kepada permintaan pelanggan dan itu juga bergantung kepada kegunaan dan lokasi hiasan bunga itu nanti. Yang pastinya, kalian bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut. Di atas adalah sample untuk bunga hiasan meja pejabat. More photos will be updated soon.

Ok ya, setakat ini dulu. Nanti ketemu lagi..

Daaaaaa......




MAMA DOT NET
Nana ~ 012-370 9151
Kak Ma ~ 019-619 5654